Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 masjid, surau di DUN Daro terima sumbangan RM123,000
  • Tengah
  • WILAYAH

21 masjid, surau di DUN Daro terima sumbangan RM123,000

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYATUAN UMMAH…..Safiee pada majlis Iftar Jalinan Ukhwah 2026M / 1447H anjuran LAKMD dengan kerjasama JKP Masjid Al-Muhsiniin Daro di Masjid Al-Muhsiniin, semalam. Foto UKAS

DARO: Sebanyak 21 masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan dana berjumlah RM123,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan serta persiapan sambutan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berharap sumbangan tersebut dapat membantu pihak pengurusan masjid dan surau melaksanakan pelbagai program keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan.

Beliau berkata institusi masjid dan surau memainkan peranan penting sebagai pusat penyatuan ummah serta medium bagi memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

“Masjid dan surau bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah turut menjadi pusat kegiatan masyarakat yang mampu memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Jalinan Ukhwah 2026M/1447H anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid (JKP) Masjid Al-Muhsiniin Daro di Masjid Al-Muhsiniin, semalam.

Tambahnya, program berbuka puasa seperti ini juga menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, di samping memupuk nilai perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang latar belakang.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, Jurutera Daerah JKR Daro, Faizol Hasim; wakil Ketua Polis Daerah (KPD) Matu Daro, Inspektor Daneil Paulus, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Ismail Majelis serta Pemanca Lau Oi Phen.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen kesedaran keselamatan kebakaran di Bazar Ramadan Bintangor tarik perhatian pengunjung
Next: 622 kontena bubur asyura, 311 kurma diedar sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.