Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 21 individu dirakam keterangan, bedah siasat sahkan punca kematian pasangan di Sri Aman
  • JENAYAH

21 individu dirakam keterangan, bedah siasat sahkan punca kematian pasangan di Sri Aman

Utusan Sarawak 3 hours ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

KUCHING: Polis telah merakam keterangan 21 individu bagi membantu siasatan kes kematian pasangan suami isteri yang ditemukan meninggal dunia di Taman Mutiara, Sri Aman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata saksi terbabit terdiri daripada ahli keluarga, jiran serta rakan sekerja mangsa.

Katanya, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa telah dijalankan semalam (15 Januari) di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak, oleh Pakar Patologi.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam pada bahagian leher dan dada, dengan punca kematian disahkan sebagai kecederaan leher dan dada akibat luka tikaman.

“Bagi mangsa perempuan pula, bedah siasat mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher dan punca kematian disahkan sebagai kecederaan leher dan dada akibat luka tikaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak menegaskan bahawa siasatan dilaksanakan secara profesional, telus serta berasaskan bukti forensik dan keterangan saksi.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa dalam tempoh ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 13 lelaki tempatan ditahan, positif dadah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.