Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 ekor lembu bakal ditumbangkan di DUN Lingga
  • Selatan
  • WILAYAH

21 ekor lembu bakal ditumbangkan di DUN Lingga

Utusan Sarawak 2 days ago
IBADAH korban bagi kawasan DUN Lingga yang dijalankan pada tahun lepas. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Sebanyak 21 ekor lembu yang bernilai keseluruhan RM178,500 bakal ditumbangkan bersempena ibadah korban pada Aidiladha di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata lembu disumbangkan kepada 10 kampung dan sebuah agensi kerajaan itu adalah bagi tujuan melaksanakan ibadah korban di kawasan masing-masing.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, sumbangan ikhlas ini juga menzahirkan rasa kasih dan sayang serta sikap peduli rakyat. Lembu yang akan dibahagikan itu akan disembelih sebelum dagingnya diagihkan kepada penduduk sekitar.

“Ia membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Dayang Noorazah berkata sebagai wakil rakyat di sini, beliau berharap agar kesemua penduduk muslim dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang diagihkan kepada mereka nanti.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat Islam menghayati dan memahami maksud sebenar ibadah korban dan tidak hanya melihat kepada jumlah lembu mahupun haiwan ternakan lain yang dikorbankan dalam ibadah tersebut.

“Kadang-kadang kita terlupa, dalam kita mengerjakan ibadah korban, kita tengok jumlah lembu, kita ingat pada daging, kita ingat siapa penyumbang tapi hakikat sebenar adalah sejarah korban itu sendiri.

“Sejarah silam ini haruslah sentiasa diingati, iaitu zaman Nabi Ibrahim, mengapa korban ini dilakukan dan apa yang berlaku ketika itu, agar ia dapat menjadi satu contoh pengorbanan yang terbesar dalam sejarah manusia yang masih kita amalkan sekarang, sekali gus memperingatkan manusia perjuangan kita sendiri tidak ada, perjuangan yang besar adalah perjuangan di jalan Allah,” jelas Dayang Noorazah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tujuh ekor lembu dikorbankan sempena Aidiladha
Next: Huang hargai komitmen Premier Sarawak majukan Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.