Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2025: Tekadkan usaha bawa banyak pembangunan, majukan kawasan
  • WILAYAH

2025: Tekadkan usaha bawa banyak pembangunan, majukan kawasan

Utusan Sarawak 4 months ago

HARAPAN MENGUNUNG…. Henry Sum (kiri) ditemani Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa meluahkan harapan untuk melihat lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksana tahun depan.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mahu seluruh rakyat di kawasan Parlimennya dapat meningkatkan usaha dan kerjasama dalam memajukan kawasan sebagai iltizam tahun depan.

Beliau juga mahu kerjasama lebih erat dapat dijalin antara rakyat dan kerajaan dalam merancakkan momentum pembangunan di Daerah Lawas.

“Selain menuntut kerjasama dan usaha rakyat untuk terlibat dalam pembangunan, kita juga menyeru agar semua ketua jabatan dan penjawat awam di Lawas untuk lebih komited memacu projek pembangunan untuk rakyat,” katanya sempena Tahun Baharu 2025 di kediamannya di Long Tuan Ulu Trusan. 

Henry Sum yang telah berkhidmat selama enam penggal sebagai Ahli Parlimen Lawas yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Bukit Mas juga mahu ketua-ketua jabatan agar mengubah sikap daripada menunggu arahan kepada individu yang memberi input kepada keperluan yang dikehendaki rakyat. 

“Mungkin dulu ketua-ketua jabatan kita hanya tunggu arahan, tapi pada 2025 kita mahu mereka memberikan input dan mempunyai hubungan langsung dengan rakyat di akar umbi untuk membawa kepada kita keperluan yang dilehendaki dan keperluan lainnya,” katanya.

Setakat ini beliau berpuas hati dengan prestasi agensi dan jabatan kerajaan walaupun ada segelintir pegawai yang ‘tergelincir’ dari landasan atas faktor mementingkan soal peribadi. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: 1,306 pelajar kawasan Parlimen Sibuti dapat kit SPM
Next: Kehadiran biawak kejutkan pekerja kedai perkakas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.