Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 200,000 pengunjung Brunei masuki Sarawak setiap bulan, dorong pertumbuhan ekonomi
  • SEMASA

200,000 pengunjung Brunei masuki Sarawak setiap bulan, dorong pertumbuhan ekonomi

Utusan Sarawak 1 day ago
PELANCONG BERBELANJA… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan antara cenderamata berupa produk tempatan yang menarik pengunjung Brunei berbelanja. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Sarawak merekodkan kemasukan kira-kira 200,000 pengunjung khususnya dari negara jiran Brunei melalui pintu di utara negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata data kemasukan pengunjung Brunei adalah penyumbang terbesar yang direkodkan Jabatan Imigresen Malaysia di pintu masuk utama di negeri ini.

Katanya, pengunjung dari Miri, Limbang  dan Lawas juga antara penyumbang utama kemasukkan pengunjung Brunei yang datang untuk membeli-belah sekali gus memberi impak positif terhadap sektor ekonomi domestik.

“Rakyat Brunei adalah penyumbang yang terbesar tiap-tiap bulan memasuki Sarawak.

“Apabila saya menyebut rakyat Brunei tidak dapat lari dari Miri, Limbang, Lawas kerana ini adalah pintu masuk utama. Mereka datang  membeli-belah, berhibur dan sebagainya.

“Oleh itu  kira-kira 200,000 pengunjung setiap bulan dari Brunei dan saya percaya dari Jun sehingga Disember ia akan melebihi 200,000 pengunjung,” katanya ketika ditemui media selepas Program BELIA GoBiz@Limbang 2025 di Dewan Suarah hari ini.

Turut sama ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Unus Tambi dan tetamu lain.

Sehubungan itu, pelbagai program pelancongan menarik diperhebatkan untuk dilaksanakan di Sarawak termasuk di utara negeri ini dalam menarik kemasukan pengunjung luar.

Pada masa yang sama kementeriannya juga akan melaksana program utama untuk dilaksanakan di Limbang dalam menghidupkan sektor pelancongan di utara negeri ini.

Limbang melalui Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang sudah melaksanakan 14 program utama sepanjang tahun dalam usaha menarik pengunjung ke daerah ini sebagai sebahagian usaha  untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Limbang khususnya dari negara jiran kita Brunei.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hari Hutan Antarabangsa 2025, Sarawak perkukuh kerjasama lindungi alam
Next: Permainan tradisional Melanau ‘itut’ catat rekod MBOR di BCF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.