Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024
  • WILAYAH

20,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024

Utusan Sarawak 8 months ago
SIMBOLIK… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
dibantu oleh pegawai Bomba serta yang lain melakukan simbolik perasmian Pesta Air Sibu Jaya, hari ini.

SIBU: Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024 yang berlangsung di Sibu Jaya, hari ini.

Acara yang diinspirasikan menerusi ‘Songkran Water Festival’ Thailand itu dianjurkan bersama oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan Kumpulan AmCorp Berhad.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

SEKITAR suasana Pesta Air Sibujaya hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Karim meluahkan rasa teruja atas sambutan luar biasa terhadap festival ini.

“Saya diberitahu lebih 20,000 pengunjung hadir, dari penduduk tempatan hingga mereka yang datang dari kawasan jauh seperti Bintulu.

“Kehadiran ini membawa manfaat besar, melibatkan pelbagai peringkat usia, dari kanak-kanak hingga warga emas.

“Ia juga menjadi platform untuk keluarga meluangkan masa bersama,” katanya.

Menurutnya, acara ini sangat menarik kerana ia satu-satunya festival air di Sarawak yang menyerupai festival Songkran di Thailand.

Selain memberi manfaat kepada penduduk sekitar, katanya, ia juga memberi manfaat kepada para usahawan dan peniaga tempatan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AmCorp sebagai rakan kerjasama serta MDLBS atas kejayaan menganjurkan acara ini dengan lebih baik dan teratur berbanding tahun sebelumnya.

“Kementerian saya akan terus memberi sokongan supaya festival ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan di kawasan ini,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas terjatuh dalam tasik berjaya diselamatkan isteri, orang awam
Next: Pastikan bandar kekal aman, selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.