Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 2,000 sertai sambutan Hari Sukan Negara 2025 di Sibu
  • SUKAN

2,000 sertai sambutan Hari Sukan Negara 2025 di Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
MULA…Tiang melakukan upacara pelepasan peserta Larian Untuk Negara 5km sempena HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu di pekarangan IPD Sibu.

SIBU: Sekitar 2,000 peserta menyertai sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee telah menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Katanya, terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang telah disusun dan akan dilaksanakan di sini bagi

meningkatkan kesedaran gaya hidup cergas dalam  kalangan masyarakat dengan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat. 

MULA…. Tiang melakukan upacara pelepasan peserta Kayuhan Basikal MADANI 15 km sempena HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu di pekarangan IPD Sibu.

“Suka saya ingatkan bahawa aktiviti sukan juga merupakan salah satu wadah yang menggabungkan kita semua tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang dalam melestarikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Saya amat mengharapkan sambutan Hari Sukan Negara ini adalah peluang kita semua bersatu, meraikan semangat persaudaraan melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan. 

“Bukan sahaja terhenti di sini tetapi di semua tempat, agensi kerajaan mahupun swasta serta juga di IPTA, IPTS dan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu yakin bahawa kejayaan pelaksanaan HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu ini kerana peranan semua pihak melalui Dasar Sukan Negara yang mana meletakkan peranan agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pengajian tinggi serta sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif dan persekitaran yang terbaik.

“Ini bagi memastikan semua lapisan masyarakat menjalankan gaya hidup sihat dan cergas serta dapat memberikan sumbangan besar kepada Negara,” ujarnya.

SIHAT DAN CERGAS….. Tiang, Zulkipli (hadapan, empat kiri) bersenam bersama para peserta HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu di pekarangan IPD Sibu.

Katanya, kejayaan menjadikan negara ini sejahtera, mampan dan berdaya saing adalah bukti bahawa rakyat Malaysia benar-benar menyayangi negara ini, bukan sekadar untuk didiami hari ini, tetapi juga demi generasi akan datang.

“Dengan adanya sambutan HSN 2025 ini, ia bakal memastikan segala program dan aktiviti sukan berbentuk pertandingan atau riadah dapat dipraktikkan selari dengan Dasar Sukan Negara merangkumi semua lapisan masyarakat dalam memastikan konsep ‘tiada siapa tertinggal’ dapat dilaksanakan. 

“Malah cabaran yang dihadapi hari ini tidak mampu untuk ditangani sendirian oleh kerajaan. Oleh itu, Hari Sukan Negara adalah saat yang sempurna untuk kita semua berkomitmen untuk hidup lebih sihat, aktif dan berdaya saing,” kata beliau.

HSN 2025 Bahagian Sibu dimulakan dengan sesi pemanasan badan, pelepasan peserta Kayuhan Basikal MADANI 15 km, Larian Untuk Negara 5 km, dan Berjalan Ria MADANI ‘Keluarga Briswalk’ 2km.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 33,651 peserta meriahkan Hari Sukan Negara 2025 di Sarikei
Next: Slot, Amorim di bawah tekanan untuk menang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.