Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,000 kanak-kanak di Sibu hidap penyakit serius, hanya sedikit terima penjagaan paliatif
  • Tengah
  • WILAYAH

2,000 kanak-kanak di Sibu hidap penyakit serius, hanya sedikit terima penjagaan paliatif

Utusan Sarawak 5 hours ago
Joshua Ting (sepuluh dari kanan), (lapan dari kanan) Dr. Teh, Dr. Jee, (sepuluh dari kiri) Dr. Nanthakumar dan yang lain merakam kenangan.

SIBU: Kira-kira 2,000 kanak-kanak di Sibu dilaporkan menghidap pelbagai penyakit serius, namun hanya sebahagian kecil daripada mereka menerima penjagaan paliatif yang sewajarnya.


Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang menyifatkan situasi itu sebagai tidak seimbang dengan keperluan semasa terhadap perkhidmatan paliatif pediatrik yang semakin meningkat.

“Saya dimaklumkan bahawa Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia (Sibu) kini hanya mempunyai seorang jururawat sepenuh masa yang turut menjalankan tugas pentadbiran.

“Walaupun begitu, pasukan ini tetap mengurus antara 30 hingga 40 lawatan rumah setiap bulan bagi menjaga sekitar 20 kanak-kanak. Ini satu usaha luar biasa yang wajar dipuji,” katanya.

(Lima dari kiri) Dr. Nanthakumar, Dr. Jee, Joshua Ting, Dr. Teh dan yang lain merakam kenangan semasa simbolik perasmian Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun Kedua Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia (Sibu).

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting, pada Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun Kedua Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia (Sibu) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Menurut Tiong, hampir 80,000 kanak-kanak di Malaysia memerlukan penjagaan paliatif setiap tahun, menunjukkan betapa pentingnya usaha menambah sumber dan tenaga kerja dalam bidang tersebut.

Majlis makan malam itu, katanya, bukan sekadar satu sambutan, tetapi seruan kepada perpaduan dan sifat belas kasihan masyarakat untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

“Dana yang dikutip malam ini akan menampung perkhidmatan penting, menyokong operasi serta memastikan tiada kanak-kanak dibiarkan tanpa penjagaan dan keselesaan,” ujarnya.

Beliau menambah, hospis bukan hanya menyediakan rawatan perubatan, tetapi juga sokongan emosi, psikologi dan spiritual kepada kanak-kanak serta keluarga mereka yang berdepan saat getir dalam kehidupan.

“Misi ini mencerminkan nilai terbaik masyarakat Malaysia iaitu belas kasihan, khidmat dan perpaduan,” jelasnya.

Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia (Sibu) mula beroperasi pada November 2023, hasil dedikasi profesional kesihatan, sukarelawan dan sumbangan masyarakat. Sejak itu, ia telah menjadi mercu harapan bagi keluarga yang berdepan cabaran penyakit kritikal di Sibu dan kawasan sekitarnya.

Hadir sama Pengerusi Malaysian Children’s Hospice Sibu Dr Jee Rou Chen, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu dan yang lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar Kabong istiqamah dalami al-Quran, cita-cita lahirkan generasi berakhlak mulia
Next: MPP goes to war with illegal banners 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.