Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,000 anak ikan tengadak dilepaskan untuk pulihara ekosistem sungai
  • Tengah
  • WILAYAH

2,000 anak ikan tengadak dilepaskan untuk pulihara ekosistem sungai

Utusan Sarawak 3 hours ago
 SEBANYAK 2,000 anak ikan Tengadak dilepaskan di Rumah Kedit Bedin, Raba Tiput, Ulu Layar semalam. Foto: DUN Bukit Saban

BETONG: Sebanyak 2,000 anak ikan Tengadak dilepaskan di Rumah Kedit Bedin, Raba Tiput, Ulu Layar semalam, sebagai usaha memulihkan ekosistem sungai melalui sistem tagang.

Program itu merupakan sumbangan Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi membantu penduduk menjaga sungai sambil meningkatkan peluang pendapatan masa hadapan.

Sistem tagang adalah kaedah pengurusan sungai dengan menetapkan kawasan larangan menangkap ikan supaya anak ikan dapat membesar sebelum dituai secara terkawal.

Pusat Khidmat DUN Bukit Saban berkata, inisiatif ini dijangka dapat memulihkan populasi ikan tengadak yang semakin berkurangan akibat aktiviti menangkap ikan secara berlebihan.

Selain itu, program ini berpotensi membuka peluang kepada pembangunan ekopelancongan, menarik pengunjung untuk melihat kelestarian sungai dan kehidupan ikan tempatan.

Pendekatan seperti ini diharap bukan sahaja memulihkan sumber ikan, tetapi juga menambah baik ekonomi komuniti setempat melalui aktiviti lestari yang mampan.

Turut hadir menyaksikan pelepasan itu ialah wakil Jabatan Pertanian Bahagian Betong, pegawai Pusat Khidmat Parlimen Betong, serta penduduk rumah panjang sekitar kawasan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM Spaoh laksanakan pemantauan awal kawasan berisiko banjir 
Next: APM tangkap ular sawa batik 14 kaki di Kampung Hulu Spaoh 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.