Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 2,000 anak ikan Tengadak dilepaskan di Sungai Paku
  • TEMPATAN

2,000 anak ikan Tengadak dilepaskan di Sungai Paku

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas melepas anak ikan pada Program Pelepasan Anak Ikan Tengadak di Sungai Paku, Penom, Ulu Paku, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier
 

SPAOH: Komitmen berterusan kerajaan Sarawak terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat luar bandar diterjemahkan menerusi penganjuran Program Pelepasan Anak Ikan Tengadak apabila 2,000 ekor anak ikan dilepaskan di Sungai Paku, Penom, Ulu Paku, di sini, semalam.

Program yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Betong sebagai usaha memperkukuh kelestarian sumber perikanan tempatan serta memelihara ekosistem sungai untuk manfaat jangka panjang komuniti setempat.

Uggah berkata, pewartaan Sungai Paku di bawah inisiatif Sungai Tagang mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengarusperdanakan pengurusan sumber semula jadi secara lestari dengan penglibatan aktif masyarakat sebagai rakan pelaksana.

Menurutnya, program pelepasan anak ikan bukan sahaja bertujuan meningkatkan populasi ikan tempatan, malah berperanan membina kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara sungai sebagai sumber rezeki dan khazanah alam yang perlu dipertahankan.

“Pendekatan ini memastikan sumber perikanan dapat dimanfaatkan secara mampan, sekali gus menjamin kelangsungan ekosistem sungai untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menegaskan kejayaan pelaksanaan inisiatif Sungai Tagang memerlukan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan serta komuniti setempat bagi melindungi sungai daripada sebarang aktiviti yang menjejaskan biodiversiti.

Tambahnya, kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif pemuliharaan seumpama itu kerana impaknya bukan sahaja tertumpu kepada alam sekitar, malah turut menyumbang kepada pengukuhan sosioekonomi rakyat luar bandar.

Sungai Paku merupakan antara sungai yang telah diwartakan di bawah inisiatif Sungai Tagang, yang memberi penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti, kelangsungan sumber perikanan dan manfaat berterusan kepada komuniti setempat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Betong, Dato Richard Rapu; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Rosline Mapong; pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Betong serta ketua kaum dan ketua masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Raikan Tahun Baharu Cina
Next: IPD Bau tingkatkan kesedaran jenayah komersil kepada kakitangan JKR Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.