Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV
  • NASIONAL

200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad

KOTA BHARU: Sebanyak 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata langkah itu bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah khususnya di asrama.

“Pemasangan CCTV akan dibuat secara berperingkat berdasarkan keperluan serta faktor jumlah pelajar di sesebuah sekolah. 

“Asrama yang besar dan mempunyai pelajar yang ramai akan menjadi kriteria untuk didahulukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di sini hari ini.

Mohd Azam berkata pihak pengurusan akan mendapatkan nasihat pakar bagi lokasi pemasangan CCTV di kawasan asrama.

“Kita tidak boleh pasang sewenang-wenang seperti di tandas dan sebagainya. Kita tidak mahu privasi mereka terganggu. Kita ada akta-akta perlu dipatuhi, sebab itu perlu berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Mohd Azam berkata selain pemasangan CCTV, pihaknya juga dalam perancangan menambah warden asrama hasil cadangan daripada Majlis Pengetua yang akan dibawa ke peringkat kementerian.

“Demi keselamatan pelajar, kerajaan dan KPM akan berusaha sebaik mungkin. Setakat ini, tiada perancangan mengambil pesara tentera atau polis (sebagai warden), tetapi kita melihat asrama di sekolah adalah institusi pendidikan, jadi warden dalam kalangan guru amat penting.

“Apabila warden dalam kalangan guru, mereka boleh merancang aktiviti pendidikan untuk pelajar. Ada juga cadangan guru warden ini mengajar empat hingga lima waktu dalam seminggu dan selebihnya menjaga pelajar di asrama,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN sasar 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI tahun ini
Next: Malaysia sasar 70 peratus tenaga bersih menjelang 2050 – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.