Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 200 penjawat awam sertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025
  • SUKAN

200 penjawat awam sertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama peserta Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Seramai kira-kira 200 penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di Bahagian Samarahan menyertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025 yang berlangsung di perkarangan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), pagi tadi.

Acara yang dianjurkan bersama oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Samarahan dan Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan itu bermula 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

ScreenshoLARIAN… ‘Flag-off’ larian 4km. Foto Masrin Affiraht

Larian sejauh 4 kilometer (km) tersebut disertai peserta daripada 24 agensi kerajaan, termasuk agensi di bawah pentadbiran Pejabat Residen dan Daerah (Rando) di seluruh Sarawak.

Program tahunan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam selain memperkukuh semangat kerjasama dan perpaduan di antara jabatan dan agensi kerajaan di bahagian ini.

ScreenshDATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (empat dari kiri) menyertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025 diiringi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik (tiga dari kiri), serta Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang (tiga dari kanan). Foto Masrin Affirahot

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, diiringi oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, serta Residen Bahagian Samarahan merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Penganjuran Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025 tersebut diharap dapat menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dan semangat kesukanan dalam kalangan warga perkhidmatan awam di Bahagian Samarahan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Korea: Jimmy-Pei Jing nyala peluang buru gelaran sulung
Next: De Ligt selamatkan United 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.