Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 200 nelayan membantah tidak mahu ke laut kerana isu MTU
  • TEMPATAN

200 nelayan membantah tidak mahu ke laut kerana isu MTU

Utusan Sarawak 5 months ago

BANTAHAN.....Harry (empat kiri, depan) bersama kira-kira 20 orang nelayan di Sibu menyuarakan bantahan mereka terhadap pemasangan MTU.

SIBU: Seramai 200 ahli Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan kerana membantah sistem pemasangan  alat Unit Pengesanan Bergerak (MTU) pada bot nelayan.

Pengerusi SFVA, Harry Tan berkata, jumlah tersebut adalah termasuk dari Sibu kira-kira 70 orang manakala selebihnya dari Miri, Bintulu, Meradong dan Sarikei.

Menurutnya, SFVA menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar yang dikenakan Jabatan Perikanan Sarawak.

“Bantahan ini bukan untuk menunjuk hero, bantahan ini adalah sebenarnya dari suara hati nelayan Sarawak yang susah.

“Saya juga tidak pasti berapa lama bantahan ini dan jika berlarutan, boleh menjejaskan kenaikan harga ikan memandangkan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir,” katanya kepada pemberita di Jeti Nelayan Batang Rajang, Hulu Lanang, hari ini.

Lebih 20 orang nelayan menyertai bantahan tersebut, hari ini.

Tan berkata, dalam sesi dialog yang lepas, Jabatan Perikanan mewajibkan pemasangan alat Unit Pengesanan Mobil (MTU) pada kapal nelayan.  

“Mereka memberi tempoh selama enam bulan dan tempoh telah pun tamat pada 2 Januari 2025, jika gagal mereka tidak dapat memperbaharui lesen kapal nelayan masing-masing,” katanya.

Katanya, pemasangan MTU menambah beban kepada nelayan kerana mereka terpaksa membayar dengan harga RM6,000 lebih.

“Dan setiap tahun kena bayar RM2,000 lebih untuk penyewaan penggunaan alat tersebut. Kos pembaikan dan penyelenggaraannya kami kena tanggung.

“Kami bukan membantah, kalau bagi percuma kita akan pasang. Tetapi kami terpaksa menanggung kos tambahan, kami kini diberi tekanan untuk memasang MTU,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan MTU penting untuk keselamatan nelayan bagi mengesan kedudukan mereka semasa berada di laut.

“Namun, nelayan di Sarawak tidak beroperasi sehingga 200 batu nautika atau memasuki periaran negara jiran. Oleh itu, kami tidak memerlukan peralatan seperti itu (MTU), ” tambahnya.

Katanya, terdapat isu tertunggak, iaitu pemasangan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) pada 2017 tidak diselesaikan sampai ke hari ini.

“Nelayan telah bayar duit pemasangan untuk alat tersebut tetapi tidak dipasang oleh ejen yang dilantik oleh Jabatan Perikanan,” katanya.

Tan berharap, kerajaan dapat bertimbang rasa dalam isu pemasangan MTU.

“Kami minta wakil dari Jabatan Perikanan untuk datang berbincang dengan kami. Selain itu, kami juga berharap ada wakil rakyat tampil membantu dalam isu ini. Kami mahu isu diselesaikan dengan cara yang baik dan segera,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Pelbagai kemudahan, bantuan untuk anak Sarawak
Next: 200 pengunjung banjiri kaunter Spay Global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.