Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 200 dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di Brazil 
  • GLOBAL

200 dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di Brazil 

Utusan Sarawak 7 months ago

Keadaan tanah runtuh di pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil

RIO DE JANEIRO: Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin, lapor  Xinhua.

Menurut Kor Bomba Tentera Rio de Janeiro, tanah yang menyokong sebahagian Pelabuhan Terra Preta yang terletak di tebing Sungai Amazon, runtuh secara tiba-tiba dan punca kejadian masih belum diketahui.

Walaupun kawasan itu sedang dalam pembinaan, pelabuhan terbabit terus beroperasi sebagai pusat pengangkutan utama.

Dilaporkan lebih 200 orang sedang menjalankan aktiviti memuat dan memunggah barang ketika kejadian berlaku.

Insiden tragis ini mungkin berpunca daripada hakisan tebing sungai yang semakin memburuk akibat kemarau yang melanda wilayah itu.

Majlis bandaraya Manacapuru memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Awam, Kor Bomba Tentera dan agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Datuk Bandar Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan
Next: Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Jan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.