
SARIKEI: Seramai 20 orang warga asing telah berjaya ditahan dalam operasi, Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan pada 21 dan 22 Mei, semalam.
Operasi tersebut melibatkan 14 orang pegawai dari Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Sarikei yang menjalankan pemeriksaan di pelbagai lokasi sekitar Sarikei dan Julau.
“Dalam serbuan ini, seramai 40 individu telah diperiksa, dan 20 warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Kesemua individu yang ditahan adalah lelaki,” kata kenyataan itu.
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah.
Katanya, kerjasama daripada komuniti amat penting dalam memastikan undang-undang imigresen sentiasa dipatuhi.