Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 peserta sertai program pendedahan lapangan ke Taman Negara Mulu
  • Utara
  • WILAYAH

20 peserta sertai program pendedahan lapangan ke Taman Negara Mulu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PESERTA daripada tujuh Renjer Hidupan Liar Kehormat dan fasilitator dari Bintulu yang menyertai Program Pendedahan Lapangan ke Taman Negara Mulu, Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-baru ini.

MIRI: Seramai 20 peserta, terdiri daripada tujuh Renjer Hidupan Liar Kehormat dan fasilitator dari Bintulu, telah menyertai Program Pendedahan Lapangan ke Taman Negara Mulu, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan kepelbagaian biodiversitinya.

Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini, sepanjang program empat hari itu, para peserta berpeluang meneroka gua-gua ikonik di Mulu, merasai pengalaman mendekati alam semula jadi sambil mempelajari aspek ekologi gua, formasi geologi, dan keunikan biodiversiti kawasan tersebut.

Selain aktiviti penerokaan gua, rombongan turut mengunjungi kawasan komuniti Batu Bungan, yang mana mereka berpeluang menyaksikan sendiri proses penghasilan kraftangan tradisional oleh penduduk tempatan.

CANTIK… Para peserta berpeluang meneroka gua ikonik Mulu bagi merasai sendiri pengalaman mendekati alam semula jadi sambil mempelajari aspek ekologi gua, formasi geologi dan keunikan biodiversiti kawasan tersebut.

“Lawatan ini membuka peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam kehidupan, budaya dan kepelbagaian etnik masyarakat Mulu yang menjadi daya tarik utama kawasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, program ini bukan sekadar pendedahan kepada aspek pengurusan taman negara dan pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga merupakan perjalanan pembelajaran dan pertukaran budaya yang memberi inspirasi kepada semua peserta.

“Pendedahan seperti ini penting bagi memupuk kesedaran, semangat tanggungjawab dan kerjasama dalam usaha memelihara serta memulihara khazanah alam semula jadi negeri Sarawak,” katanya lagi.

Justeru, program ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti, pihak taman negara dan agensi berkaitan dalam mengekalkan kelestarian biodiversiti dan warisan semula jadi Bumi Kenyalang.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited perkukuh sistem bekalan air di Song
Next: Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng selesai berperingkat, sekolah jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.