Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 20 pertubuhan terima geran MRP
  • TEMPATAN

20 pertubuhan terima geran MRP

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Abdul Yakub menyampaikan geran kepada Pengetua MRSM Mukah, Zuraida Zaidi, sambil diperhatikan oleh Salemah dan Shafrie.

MUKAH: Sejumlah RM65,000 peruntukan telah diagihkan  kepada beberapa buah organisasi di sini pada petang Khamis (16 Julai).

Geran MRP (Projek Kecil Luar Bandar) bagi Kawasan ADUN Balingian ini telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Penerima-penerimanya adalah terdiri daripada 14  Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah,  dua Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah,  PIBG SMK Three Rivers,  Badan Muafakat MRSM Mukah, Majlis Guru Besar Daerah Mukah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Mukah dan Kelab RANDO Mukah.

Penyerahan ‘Out-Right’ geran yang mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)  itu telah diadakan di Bilik Persidangan Menara Pehin Setia Raja Mukah.

Dalam ucapan ringkasnya Abdul Yakub mengharapkan dana tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menjalankan aktiviti masing-masing terutama semasa  kita menghadapi krisis Covid -19 kini.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa ia adalah kali kedua majlis seumpamanya yang diadakan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan kini PKP Pemulihan(PKPP).

“Ini adalah merupakan kali kedua,majlis penyerahan geran MRP  semenjak PKP dan tahun ini. Geran ini diharapkan membolehkan penerima-penerima melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Saya berharap agar digunakan sebaik mungkin terutama dalam membantu pihak sekolah dalam menghadapi pandemik Covid -19 dan PKP dalam fasa pemulihan ini,” tambah Yakub lagi.

Antara yang hadir, selain penerima, ialah Pegawai Daerah Mukah, Shafrie Saili,  Pegawai Pendidikan Daerah Mukah,  Salemah  Chali, dan Penolong Pegawai Daerah Mukah,  Peleadzman Ahip.

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.