Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 penerima terima peruntukan MRP di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

20 penerima terima peruntukan MRP di Bekenu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus rakam album bersama para jawatankuasa pertubuhan yang menerima peruntukan MRP di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu hari ini.

BEKENU: Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bekenu menjadi saksi pentingnya acara penyerahan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang melibatkan 20 penerima di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan sebanyak RM83,000 telah disalurkan untuk membantu penduduk setempat dan pertubuhan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu dalam pelbagai aktiviti dan projek pembangunan.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di Pusat Khidmat Wakil Rakyat.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, laporan rasmi mengenai penerimaan MRP perlu disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kampung masing-masing bagi memastikan penggunaan bantuan ini mencapai matlamat yang diinginkan.

“Bantuan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada komuniti dan memacu pembangunan serta kesejahteraan penduduk.

“Setiap penerima diberi peluang untuk menggunakan peruntukan ini bagi memajukan aktiviti kemasyarakatan di kawasan mereka,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Epat Bakar, Penghulu Wan Fauzi dan para pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan masing-masing.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Kampung Maang, Siburan hari ini
Next: MTPN Sibu anjur Kempen Derma Darah Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.