Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 20 maut, ramai cedera bas terbakar di India
  • GLOBAL

20 maut, ramai cedera bas terbakar di India

Utusan Sarawak 21 hours ago
20 orang maut manakala ramai lagi melecur apabila sebuah bas persendirian yang dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah motosikal di negeri Andhra Pradesh, selatan India awal pagi Jumaat.


NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala ramai lagi melecur apabila sebuah bas persendirian yang dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah motosikal di negeri Andhra Pradesh, selatan India awal pagi Jumaat, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku di jalan berhampiran kampung Chinna Tekur di daerah Kurnool, Andhra Pradesh.

Menurut polis, bas berkenaan yang membawa 42 penumpang dari Hyderabad ke Bengaluru terbakar serta-merta selepas perlanggaran berlaku.

Laporan awal menyebut kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian.

Orang awam segera membantu menyelamatkan mangsa sebelum pasukan bomba dan polis tiba di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Besar Kerajaan Kurnool untuk menerima rawatan dan angka korban dijangka meningkat.

Polis telah membuka kertas siasatan dan memulakan penyiasatan lanjut berhubung tragedi itu.- Bernama–Xinhua

Continue Reading

Previous: Lelaki Jerman dibicarakan atas cubaan bunuh isteri guna piza beracun
Next: Jam ikonik Big Ben kekal tepat semasa penukaran waktu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.