Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 KIR di Pakan terima bantuan Sejahtera MADANI
  • Tengah
  • WILAYAH

20 KIR di Pakan terima bantuan Sejahtera MADANI

Utusan Sarawak 4 hours ago
NOR Izzah Marzuki (duduk tengah) bergambar bersama para penerima bantuan. Foto Pejabat Daerah Pakan

PAKAN: Seramai 20 Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Pakan menerima bantuan menerusi Program Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Skop Kebajikan 2026 semalam.

Kesemua penerima merupakan KIR yang berdaftar dalam sistem eKasih.

Melalui inisiatif tersebut, setiap penerima menerima baucar tunai bernilai RM500 bagi pembelian barangan keperluan asas sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup isi rumah.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan golongan yang memerlukan terus menerima perhatian dan bantuan sewajarnya.

Bantuan tersebut turut dilihat mampu membantu penerima mendapatkan keperluan harian selain mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hadir bagi menyerahkan bantuan yang diadakan di bilik serbaguna Pejabat Daerah Pakan ialah Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman, Nor Izzah Marzuki selaku wakil kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman.

Pelaksanaan program tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh agenda kebajikan rakyat serta memastikan kesejahteraan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera terus diperkasakan.

Turut hadir Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Pakan, Keli Mareng selaku wakil Pemangku Pegawai Daerah Pakan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam buaya ditangkap dalam tempoh 12 hari di perairan Daro
Next: 21 lembu korban diagih sempena Aidiladha di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.