Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 20 kereta Grab sertai konvoi Hari Malaysia
  • TEMPATAN

20 kereta Grab sertai konvoi Hari Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago
MELEPASKAN… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan 20 kereta Grab yang menyertai Konvoi Sempena Hari Malaysia, di hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri, baru-baru ini.

MIRI: Sebanyak 20 kereta Grab telah dilepaskan dalam program Pelepasan Rasmi Konvoi Grab sempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri, baru-baru ini.

Konvoi tersebut telah dilepaskan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Menurut Chiew, konvoi berkenaan memulakan perjalanan dari Miri menuju ke Telok Melano dan dijadualkan tiba di destinasi pada 16 September, bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia.

“Penglibatan 20 kenderaan dalam konvoi ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi simbol perpaduan serta kebersamaan rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, perjalanan panjang dari Miri hingga ke Telok Melano melambangkan keterhubungan serta kekuatan rakyat dalam meraikan kepelbagaian budaya dan etnik, seiring dengan semangat Malaysia Madani.

“Saya berbangga kerana Miri menjadi titik permulaan konvoi ini. Diharapkan program sebegini dapat memperkukuh semangat kebangsaan, menyatukan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang, serta menghargai jasa pejuang kemerdekaan,” ujarnya lagi.

Chiew turut menekankan bahawa inisiatif seperti ini penting untuk menyalakan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda yang bakal menerajui masa depan negara.

“Saya berharap semua peserta konvoi sentiasa selamat sepanjang perjalanan dan semoga konvoi ini mencapai matlamatnya sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Langkah Sarawak mahu jadi ‘bateri hijau’ serantau disifatkan sebagai ‘berani dan berpotensi’
Next: Jejambat Bintulu capai 54 peratus siap, dijangka siap awal Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.