2 maut pesawat ringan terhempas di Australia

Facebook
WhatsApp
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney.

SYDNEY: Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Polis di negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan pada Sabtu malam berkata perkhidmatan kecemasan menerima panggilan berhubung kejadian pesawat ringan terhempas ke dalam laut berhampiran bandar Nambucca Heads, kira-kira 400 kilometer utara Sydney, pada 4 petang waktu tempatan.

“Juruterbang dan penumpang pesawat itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan masih belum dikenal pasti secara rasmi,” kata Polis NSW.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari pantai.

Polis marin, pasukan ambulans dan sebuah helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Polis NSW memaklumkan siasatan mengenai insiden itu telah dimulakan dengan bantuan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

— BERNAMA-XINHUA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos