Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua askar maut selepas helikopter tentera terhempas di Daerah Gapyeong, Korea Selatan
  • GLOBAL

Dua askar maut selepas helikopter tentera terhempas di Daerah Gapyeong, Korea Selatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
HELIKOPTER tentera terhempas di Daerah Gapyeong, Korea Selatan.

GAPYEONG: Dua askar maut selepas sebuah helikopter tentera terhempas di sebuah daerah di utara pada hari ini, menurut laporan Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.

Helikopter AH-1S Cobra milik Kumpulan Penerbangan ke-15 Tentera Darat itu terhempas pada 11.04 pagi di Daerah Gapyeong, kira-kira 55 kilometer di timur laut Seoul, selepas berlepas untuk latihan penerbangan pada 9.45 pagi.

Dua pegawai waran yang berada di dalam pesawat itu dibawa ke hospital dalam keadaan jantung terhenti, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kebakaran atau letupan. Siasatan akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar nahas berkenaan. – Bernama 

Tags: Korea Selatan Terhempas

Continue Reading

Previous: Empat maut dalam runtuhan salji di Pergunungan Alps, utara Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.