Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1MDB: 12 lukisan bernilai lebih AS$30 juta akan dikembalikan kepada Malaysia – SRPM
  • SEMASA

1MDB: 12 lukisan bernilai lebih AS$30 juta akan dikembalikan kepada Malaysia – SRPM

Utusan Sarawak 6 hours ago
MDB… 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PUTRAJAYA: Sejumlah lukisan bernilai tinggi dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang kini berada di bawah kawalan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ), akan dikembalikan kepada Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dianggarkan 12 lukisan milik Jasmine Loo yang dipegang oleh Christie’s dan Sotheby’s Auction House Amerika Syarikat (AS) bernilai melebihi AS$30 juta.

Menurut SPRM, perkara itu dicapai dalam dua siri perbincangan rasmi bersama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta USDOJ di Washington DC dan New York pada 9 dan 11 Disember lepas.

SPRM memaklumkan antara karya seni terkemuka yang dikenal pasti ialah L’Ecuyere et les clowns oleh Pablo Picaso (1961), Composition oleh Joan Miró (1953), Still Life oleh William H. Bailey (b.1930), Studies for Sculpture oleh Alexander Calder (1898-1976) dan Femme Assise oleh Henri Matisse (1869-1954).

“Hasil perbincangan ini, SPRM bersetuju untuk mengembalikan lukisan ini kepada Malaysia,” katanya. 

Menurut SPRM, turut dibincang ialah isu penyanyi rap Pras Michel di AS yang dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana menerima AS$120 juta, sebahagian daripadanya dikaitkan dengan 1MDB dan syarikat cangkerang 1MDB.

“Pihak USDOJ juga memaklumkan masih terdapat aset-aset milik Jho Low di Singapura yang tidak termasuk dalam Perjanjian Penyelesaian AS,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut memaklumkan bahawa aset di Hong Kong, Singapura serta Perancis telah dilupuskan, dan hasilnya akan dipindahkan ke AS.

“FBI dan USDOJ menegaskan komitmen penuh terhadap kerjasama rentas sempadan serta koordinasi antarabangsa dengan SPRM, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dipertingkat bagi memastikan semua aset yang masih berada di luar negara dapat dijejak, disita dan dipulihkan mengikut undang-undang,” katanya.

Lawatan ke AS itu diketuai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan turut dihadiri Ketua Pengarah NFCC Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Pendakwa Raya AGC Norinna Bahadun.

Sesi perbincangan di Ibu Pejabat FBI dan USDOJ itu bertujuan mengeratkan kolaborasi di peringkat global antara kedua-dua agensi selain memperkukuh kerjasama penyiasatan, proses bantuan perundangan serta usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB yang masih berada di luar negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Banjir Perak, Sabah pulih sepenuhnya, Sarawak terus catat penurunan mangsa
Next: Malaysia antara negara paling aman di dunia – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.