Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 199 penduduk Pujut terima bantuan lesen motosikal B2
  • Utara
  • WILAYAH

199 penduduk Pujut terima bantuan lesen motosikal B2

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMANAT…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PujutĀ  Adam Yii Siew Sang menyampaikan amanat beliau pada Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal (B2) 2026 DUN PujutĀ  di Miri, hari ini.

MIRI: Seramai 199 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN)  Pujut terpilih menyertai Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal (B2) 2026 selepas berjaya melepasi proses pemilihan daripada 240 permohonan yang diterima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut  Adam Yii Siew Sang berkata, menerusi program itu, setiap peserta hanya perlu membayar RM250 bagi mendapatkan lesen memandu motosikal Kelas B2, sekali gus meringankan beban kewangan terutama pelajar, belia dan golongan yang memerlukan.

Menurutnya, pemilikan lesen memandu yang sah bukan sekadar memenuhi keperluan undang-undang, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memudahkan urusan harian seperti ke tempat kerja, sekolah dan institusi pengajian.

“Lesen memandu yang sah mampu meningkatkan mobiliti dan memberi peluang lebih luas kepada peserta untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya ketika menghadiri Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal (B2) 2026 DUN Pujut  di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua peserta supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta mengamalkan pemanduan berhemah.

Katanya, peserta juga perlu menjauhi aktiviti lumba haram dan gejala mat rempit kerana keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab bersama.

Adam turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri, institut memandu serta semua pihak yang bekerjasama menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap semua peserta berjaya lulus penilaian dan memperoleh Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 dengan lancar.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Paip pecah di Loji Rawatan Air Trusan jejas bekalan air di Lawas
Next: 13 kelab permotoran meriahkan Konvoi Perpaduan Sebauh 2026 sempena Pesta Sebauh 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.