Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 198 terima bantuan Sejambak Kasih Gawai
  • WILAYAH

198 terima bantuan Sejambak Kasih Gawai

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Rosey Yunus menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak 2025 pada majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Sepupok Niah hari ini. Foto: Liong Chai Ling

NIAH: Seramai 198 penerima bantuan bulanan  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah Subis di sini menerima sumbangan menerusi Program Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak yang bakal menjelang tiba.


Sumbangan itu  telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Rosey Yunus pada majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Sepupok Niah hari ini.

“Pada majlis yang diadakan hari ini, para penerima yang dijemput hadir adalah seramai 100 orang dan mereka masing-masing  menerima sumbangan wang tunai bernilai RM100.

“Manakala, 98 orang lagi yang tidak berpeluang hadir pada hari ini sumbangan RM100 akan dikreditkan ke akaun masing masing,” katanya.

Rosey berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Outreach: Santuni Komuniti (POSKOM) Bahagian Miri 2025 dan Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak Niah 2025 hari ini.

Mengenai Program POSKOM, Rosey berkata ia merupakan program hari bersama komuniti yang berfokus kepada interaksi bersama kumpulan sasar berkeperluan dan merupakan platform terbaik dalam penyaluran maklumat terkini berkaitan Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Beliau  berkata, program tersebut berkonsepkan pendekatan bersepadu, bersasar dan menyeluruh melibatkan seluruh komuniti dan pemimpin masyarakat.

“Program ini memberi peluang untuk kita mendapatkan maklumat yang berkaitan dan perkhidmatan secara  langsung.

“Seperti yang dapat kita lihat, program POSKOM ini meliputi pembukaan pelbagai kaunter perkhidmatan yang ada di JKM Sarawak,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KRT Rangau lancar kempen tarik lebih ramai sertai SRS
Next: Site visit conducted for proposed futsal court in Kampung Lubok Buan under RTP funding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.