MARUDI: Seramai 195 pemilik tanah dari Rumah (Rh) Engkang, Rh Jawan, Rh Jana, Rh Marinda, Rh Sender, Rh Peter, Rh Kompeni, Rh Boniface Bangkong dan Rh Francis telah menerima surat pengesahan tanah masing-masing melibatkan 416 Lot Seluas 1,473.24 hektar bagi 2020.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.76 Marudi Datu Dr Penguang anak Manggil berkata surat pengesahan tanah peserta projek usahasama dengan koodinat Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini disediakan oleh pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita).
Ia juga dilakukan oleh juruukur bertauliah merupakan rekod atau bukti bertulis pemilikan tanah peserta projek.
Surat pengesahan tanah ini dapat dijadikan rujukan jabatan Tanah dan Survei untuk tujuan pewartaan setersunya.
Selain itu katanya bagi tahun 2020, pembayaran ex-gratia berjumlah RM85,852.50 telah diserahkan kepada 18 rumah panjang di kawasan ini.
Beliau berkata demikian di majlis pemyampaian surat pengesahan tanah peserta bagi projek ‘Joint Venture’ PJP Pelita Ulu Teru Plantaion Sdn Bhd ( untuk Sg Bong Bong dan dan Sg Pelajau) dan pembayaran ex-gratia Pulau Kongsi tahun 2020 di Rh Francis Ginda Tanjung Mawang Teru.
Di majlis itu Penguang turut menyerahkan cek peruntukan MRP masing-masing RM15,000 kepada JKKK Rh Francis Ginda, Biro Wanita Rh Francis, JKKK Rh Mathew Sigat, JKKK Rh. Abok, dan JKKK Rh Takang.
Turut menerima peruntukan MRP tersebut ialah JKKK Rh Jeff Anchum ( RM20,000), JKKK Rh Jinggau ( RM10,000), Biro Wanita Rh Jingga ( RM5,000) dan PIBG SK Sungai Bong ( RM10,000 ).
Oleh Jiku Juguong