Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 195 cek MRP bernilai RM1.2 juta disalurkan di kawasan DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

195 cek MRP bernilai RM1.2 juta disalurkan di kawasan DUN Krian

Utusan Sarawak 13 hours ago
 FRIDAY Belik menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek MRP 2025 Fasa Ketiga bagi DUN Krian yang berlangsung di Dewan SJK Min Syn, Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Setakat hari ini, sebanyak 195 cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta telah diserahkan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh pembangunan di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata penyerahan tersebut membuktikan kesungguhan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat sokongan serta kemudahan sewajarnya, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian berterusan.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek MRP 2025 Fasa Ketiga bagi DUN Krian yang berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn, Saratok, semalam.

Majlis itu menyaksikan seramai 114 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), biro-biro kampung, kelab jabatan, persatuan komuniti serta gereja, menerima cek masing-masing bagi melaksanakan aktiviti dan keperluan organisasi mereka.

Menurut Friday, keseluruhan 195 cek yang telah diserahkan setakat ini menggambarkan kepelbagaian keperluan rakyat Krian, merangkumi pembangunan infrastruktur kecil, pembaikan kemudahan awam, sokongan kebudayaan, aktiviti sosial serta pembangunan komuniti setempat.

Dalam majlis sama, turut diserahkan cek sumbangan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM1.515 juta kepada lima gereja dan sebuah sekolah mubaligh, sebagai sokongan kepada usaha penyelenggaraan, pembangunan dan program keagamaan mereka bagi 2025.

Friday menegaskan bahawa bantuan melalui MRP dan UNIFOR adalah sebahagian daripada dasar inklusif kerajaan Sarawak yang memastikan semua pihak tanpa mengira latar belakang mendapat manfaat yang adil dan berkesan.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima, sambil menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terus komited menyalurkan peruntukan demi kesejahteraan rakyat dan kesinambungan pembangunan di DUN Krian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mong kagum projek dewan tadika baharu siap dengan dana RM50,000
Next: RM7 juta bina Dataran Pekan Lingga dan perlindungan tebing sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.