Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 19 terbunuh jet pejuang F-7 terhempas di sekolah
  • GLOBAL

19 terbunuh jet pejuang F-7 terhempas di sekolah

Utusan Sarawak 2 days ago

Pesawat Latihan Tentera Udara Bangladesh terhempas di kawasan sekolah, kolej di Dhaka.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas sebuah pesawat latihan Tentera Udara Bangladesh (BAF) terhempas di kawasan sekolah dan kolej di Dhaka pada Isnin.

Jet pejuang F-7 itu terhempas di kawasan Sekolah dan kampus Kolej Milestone di Uttara, Dhaka, sekitar 1.15 tengah hari.

Menurut laporan media tempatan, jumlah mangsa yang cedera melebihi 160 orang, kebanyakannya pelajar.

“Ini merupakan detik dukacita yang mendalam bagi negara,” kata Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus.

Kerajaan telah mengisytiharkan hari berkabung pada Selasa.

Mangsa yang terkorban termasuk juruterbang dan ramai kanak-kanak.

Anggota daripada Tentera Darat Bangladesh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Awam, Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat serta memadamkan kebakaran. – Bernama

Continue Reading

Previous: Raja dadah Ecuador ‘Fito’ diekstradisi ke AS
Next: Pesawat Delta nyaris berlanggar di udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.