Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 19 pelajar IPG Kampus Rajang balik kampung
  • NASIONAL

19 pelajar IPG Kampus Rajang balik kampung

Utusan Sarawak 5 years ago
Anggota Bomba yang melakukan nyah cemar bas yang membawa pelajar IPG Kampus Rajang Bintangor ke Saratok, Jumaat lepas.

SARATOK: Bas yang membawa pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang Bintangor dilakukan operasi nyah cemar pada pagi Jumaat lepas.

Operasi nyah cemar dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok di lokasi ketibaan iaitu di Dewan Masyarakat Sri Krian Saratok ketika menurunkan tiga penumpang yang merupakan pelajar IPG Rajang yang berasal dari sini.

Bas berkenaan tiba jam 10.15 pagi Jumaat lepas dengan membawa bersama 19 pelajar, dua pemandu dan seorang pegawai perhubungan dengan destinasi terakhirnya adalah di Padawan Kuching.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, PPgB Nazry Mohamat memberitahu operasi bermula jam 10.30 pagi dan tamat jam 11.45 pagi.

“Bas tersebut bertolak dari IPG Rajang Bintangor jam 8.30 pagi sebagai bas khas untuk membawa pulang pelajar IPT ke destinasi masing-masing.

“Sebagai langkah keselamatan dan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) operasi nyah cemar perlu dibuat bagi memastikan perjalanan pelajar terlibat selamat daripada jangkitan,” katanya.

Menurut Nazry, pasukan bomba membuat semburan disinfeksi peralatan seperti beg, kotak dan lain-lain peralatan yang dibawa pelajar.

Selesai proses pemeriksaan dan saringan dari KKM katanya, pasukan Bomba membuat semburan disinfeksi di dalam ruang dewan dan kawasan luar premis.

“Agensi lain yang turut terlibat adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 12 orang, Polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan dari Pejabat Daerah Saratok,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Ibu beri dua anak air gula, kopi O ganti susu
Next: Pasar Besar Seremban ditutup bermula semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.