Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 19 orang terperangkap dalam kereta kabel di Austria akibat cuaca buruk
  • GLOBAL

19 orang terperangkap dalam kereta kabel di Austria akibat cuaca buruk

Utusan Sarawak 16 hours ago

VIENNA: Seramai 19 orang dilaporkan terperangkap selama beberapa jam di dalam sebuah kereta kabel di barat Austria susulan ribut yang melanda kawasan terbabit, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.

Operasi menyelamat yang mencabar dilancarkan lebih empat jam selepas tali kereta kabel Karren tergelincir dari landasan akibat tiupan angin kencang pada petang Isnin, menurut laporan media Austria.

Kabin yang memuatkan 19 orang dan seekor anjing itu tergantung pada ketinggian antara 60 hingga 80 meter dari permukaan tanah.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan kesemua penumpang yang terperangkap, menurut laporan penyiar ORF.

Kereta kabel Karren menghubungkan bandar Dornbirn ke puncak Karren, yang terletak pada ketinggian kira-kira 970 meter dan menawarkan pemandangan Lembah Rhine, Tasik Constance dan pergunungan Switzerland.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pelabuhan Tianjin mahu berkembang ke Asia Tenggara, sasar 3.2 juta TEU
Next: ‘Jangan gugurkan bom ke atas Iran’ – Amaran Trump kepada Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.