MANILA: Angka kematian akibat ribut kencang yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di seluruh Filipina meningkat kepada 19 orang, kata pihak berkuasa semalam, yang menghubungkan hujan melampau ekoran perubahan iklim.
Taufan Tropika Kompasu sepatutnya membawa kuantiti hujan lebih dari sebulan (jangkaan),tetapi ‘membuangnya’ dalam tempoh dua hari sahaja, kata jurucakap Agensi Bencana Nasional, Mark Timbal.
Kompasu dinamakan sempena sebutan ‘kompas’ dari Jepun yang ‘memperhebatkan’ Monsun Barat Daya yang turut melanda beberapa negara lalin dengan bencana yang dahsyat.
Wilayah di Pulau Luzon yang paling padat penduduknya paling teruk dilanda ribut yang menyebabkan kerosakan lebih daripada satu bilion Peso (AS$ 20 juta) kepada sektor pertanian dan merosakkan ratusan rumah.
Timbal mengatakan hujan turun “bahkan lebih besar daripada pengalaman Ondoy”, merujuk kepada Taufan Ketsana yang dahsyat dan dikenali di Filipina sebagai Taufan Tropika Ondoy yang melanda pada 2009 dan meragut ratusan nyawa.
“Ini hanya membuktikan kesan perubahan iklim berkaitan dengan peningkatan bahaya.
“Ini terus menimbulkan cabaran bagi sistem pengurusan bencana kita. Kita harus meningkatkan persiapan kita dalam melihat keadaan terburuk untuk setiap bahaya bencana, “ ujar Timbal.
Berikutan suasana yang lebih panas menahan lebih banyak air, perubahan iklim meningkatkan risiko dan intensitas banjir akibat hujan lebat.
Sehingga kini, seramai 19 kematian disahkan, majoriti di wilayah barat laut Ilocos Sur yang mana sebahagian besar mangsa terperangkap dalam banjir kilat.
Agensi bencana juga memeriksa 11 lagi kematian yang dilaporkan, kebanyakannya di wilayah pergunungan Benguet yang terkunci di darat selain 14 orang lagi dilaporkan hilang.
Timbal mengatakan ‘sifat berubah’ tersebut membahayakan dan menyukarkan sasaran ‘tiada kematian’ akibat bencana alam.
Tambah Timbal, sekitar 15,000 penduduk meninggalkan rumah mereka, tetapi hanya sekitar separuh tinggal di pusat pemindahan. Selebihnya mencari perlindungan dengan rakan atau saudara kerana dikhuatiri terkena jangkitan Covid-19.
Ribut kencang bergerak melintasi Laut China Selatan pada Selasa lalu menghala ke arah Hong Kong.
Filipina diangkat sebagai salah satu tempat dunia yang paling rentan terhadap pemanasan planet dengan sekitar kejadian 20 ribut dan taufan setiap tahun. -AFP