Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 19 hari berlalu, tiga kampung di Mukah pada tahap bahaya akibat banjir  
  • Tengah
  • WILAYAH

19 hari berlalu, tiga kampung di Mukah pada tahap bahaya akibat banjir  

Utusan Sarawak 4 months ago

MUKAH: Lebih 19 hari berlalu, tiga kampung di sini masih dilanda banjir, dan pada tahap bahaya berikutan hujan lebat berterusan serta limpahan air dari Selangau.

Tiga kampung terjejas ialah Kampung Teh Mukah, Kampung Tabo dan Kampung Sau.

Menurut salah seorang mangsa banjir dari Kampung Teh ketika dihubungi pemberita Utusan Sarawak, hari ini merupakan hari ke-19 kampung-kampung tersebut dilanda banjir besar dan malam ke-6, tiada bekalan elektrik.

“Banjir kali ini menyerupai banjir yang berlaku pada 2008, dan 2009. Hujan lebat dan air semakin menaik. Tiada tanda-tanda air akan surut.

“Kebanyakan rumah di kedua-kedua kampung terjejas dinaiki air hingga ke paras yang membimbangkan.

“Ada yang tinggal tiga, dua atau satu anak tangga, malah ada rumah yang sudah dimasuki air,” ujarnya.

Katanya, penduduk terjejas juga menghadapi kesukaran untuk ke pasar Mukah untuk membeli keperluan harian dan bekalan makanan kerana kenderaan tidak dapat melepasi paras air yang terlalu dalam.

Kampung Teh Mukah mempunyai 111 rumah dengan jumlah penduduk lebih 500 orang manakala Kampung Tabo, 30 rumah dengan anggaran 80 hingga 90 orang penduduk.

Antara kampung lain yang turut terjejas banjir ialah Kampung Teh Labak, Kampung Sesok dan kampung-kampung sekitar Mukah.

Lebih buruk lagi, jelasnya, keadaan mangsa-mangsa banjir di Kampung Tabo dan Kampung Teh Mukah.

Ini kerana, ujarnya, tiada liputan telekomunikasi untuk mangsa-mangsa banjir menghubungi pihak bertanggungjawab untuk memohon bantuan.

Mangsa banjir terpaksa bergelap disebabkan bekalan elektrik ditutup sementara demi keselamatan manga-mangsa banjir.

Dalam pada itu, katanya, sebahagian daripada penduduk telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Semenetara (PPS) di Kem Belia Mukah.

Tidak kurang juga, ada yang masih enggan berpindah  kerana khuatir akan harta benda mereka dihanyutkan air banjir.

Pada masa sama, penduduk terjejas ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi, dan Ahli Parlimen Hanifah Hajar Taib akan menyusul.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Air naik, PPS dibuka di Pakan
Next: Bot karam, isteri selamat suami masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.