Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 19 cedera, lebih 250 rumah rosak akibat puting beliung di selatan Chile
  • GLOBAL

19 cedera, lebih 250 rumah rosak akibat puting beliung di selatan Chile

Utusan Sarawak 2 days ago

SANTIAGO: Presiden Chile Gabriel Boric dijadual mengunjungi bandar selatan Puerto Varas pada Isnin selepas puting beliung luar biasa melanda kawasan itu pada Ahad, mengakibatkan 19 orang cedera selain lebih 250 rumah rosak serta tiang elektrik dan pokok tumbang, lapor Xinhua.

Puting beliung kuat itu mengejutkan kira-kira 45,000 penduduk bandar yang terletak di pinggir Tasik Llanquihue dan berhampiran beberapa gunung berapi.

Susulan kejadian itu, Boric mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan langkah kecemasan bagi mencepatkan penilaian kerosakan terhadap rumah dan harta benda, sambil memaklumkan bahawa “pelbagai agensi kerajaan sedang bekerjasama dalam kerja-kerja pembersihan runtuhan.”

Timbalan Menteri Dalam Negeri Victor Ramos memaklumkan kepada media pada Isnin bahawa mangsa yang cedera sedang menerima rawatan dan “bekalan air minuman pulih sepenuhnya manakala sistem bekalan elektrik telah dipulihkan 85 peratus.”

Perkhidmatan meteorologi Chile memaklumkan bahawa fenomena luar biasa itu mencatatkan kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam.

Perkhidmatan Negara untuk Pencegahan dan Tindak Balas Bencana (Senapred) telah mengisytiharkan amaran merah di kawasan berkenaan bagi memantau fenomena cuaca itu secara berterusan, menyebabkan pihak berkuasa tempatan menangguhkan sesi persekolahan pada Isnin serta menyediakan pusat perlindungan untuk mangsa yang terjejas.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: WHA lulus cadangan kibar bendera Palestin di ibu pejabat, pejabat WHO
Next: China komited bantu rakyat Afrika tingkatkan peranan dalam pembangunan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.