Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 19 agensi kerajaan, 15 persatuan berganding bahu jayakan Pesta Meradong
  • SEMASA

19 agensi kerajaan, 15 persatuan berganding bahu jayakan Pesta Meradong

Utusan Sarawak 5 months ago
PENANGGUHAN PESTA… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing merasmikan penangguhan Pesta Meradong 2024.

BINTANGOR: Sejumlah 19 agensi kerajaan dan 15 persatuan dari Meradong telah bekerjasama untuk melaksanakan program bagi pengisian Pesta Meradong 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, kesemua pihak tersebut telah bekerja keras dan memberikan komitmen yang terbaik di sepanjang tempoh persiapan dan pelaksanaan Pesta Meradong 2024.

“Adalah menjadi impian bagi setiap penganjur acara khususnya di Meradong ini menginginkan sebuah lokasi yang strategik dan kondusif bagi mengadakan pesta setiap tahun.

“Bagi menyokong usaha ini, kerajaan Sarawak telah meluluskan projek tebingan Bintangor (waterfront) dan sedang dalam proses untuk dilaksanakan, tahun depan.

“Projek ini dijangkakan dapat memberikan keselesaan penganjuran Pesta Meradong jika telah siap kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penangguhan Pesta Meradong 2024, malam tadi.

Katanya, apabila telah siap, ia akan dijadikan sebagai mercu tanda di Meradong.

“Meradong juga adalah salah satu destinasi pilihan pelumba-pelumba profesional ‘powerboat’ disebabkan faktor profil dan alur sungai Batang Rajang yang amat sesuai untuk sukan ini.

“Bagaimanapun, pada tahun ini ia tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan gembira kerana penganjuran Pesta Meradong 2024 adalah sangat cemerlang serta berjaya melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negeri.

Turut hadir ialah Gung Chiu Kion selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Mohammad Firdaus Habari selaku wakil Residen Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong, Pegawai Penerangan Daerah Meradong Nor Hidayah Ismail, Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Lau Chi Sing, dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Mahathir Mahdini.

Oleh Earl Anek 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi selaras pelaksanaan SSPA
Next: Penurunan kos buka peluang guna hidrogen dalam sektor automotif 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.