GUWAHATI: Hampir 4 juta penduduk di Assam,timur laut India, dan negara jirannya Nepal kehilangan tempat tinggal menyusuli banjir besar akibat hujan pada musim tengkujuh, dengan puluhan orang hilang sedang angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 189 orang, kata para pegawai pemerintah pada Ahad lepas.Sungai Brahmaputra yang melimpah, yang mengalir melalui Tibet China,India dan Bangladesh,merosakkan tanaman dan mencetuskan tanah runtuh,serta menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal, kata para pegawai.
Lebih 2.75 juta orang di Assam kehilangan tempat tinggal akibat tiga kejadian banjir sejak hujung Mei yang meragut 79 nyawa setelah dua lagi kematian dilaporkan semalaman, kata seorang pegawai pemerintah negeri.
“Keadaan banjir tetap getir dengan kebanyakan sungai mengalir lebih deras melepasi paras bahaya,” kata Menteri Sumber Air Assam, Keshab Mahanta kepada Reuters.
Assam menghadapi cabaran berganda dalam memerangi banjir dan wabak Covid-19. Daripada 33 daerah, 25 kekal terjejas 189 maut dibadai banjir selepas gelombang banjir sekarang, yang bermula dua minggu lalu. India sedang bergelut dengan pandemik Covid19, yang sudah menjangkiti hampir 1.1 juta penduduknya dan meragut 26,816 nyawa, menurut data pemerintah pada Ahad.
Di negara jiran Nepal,pemerintah meminta para penduduk di dataran selatannya pada Ahad untuk terus berwaspada kerana hujan lebat dijangka melanda negara Himalaya itu dimana lebih 100 maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh sejak Jun, kata para pegawai. Kira-kira 110 terbunuh dan 100 yang lain cedera ketika tanah runtuh dan banjir kilat melanda atau menghanyutkan rumah, merosakkan jalan raya dan jambatan dan menyebabkan ratusan orang kehilangan tempat tinggal di 26 daripada 77 daerah di negara itu,kata polis.
Pegawai kementerian dalam negeri Murari Wasti berkata, jumlah kematian dijangka meningkat kerana 48 orang masih dilaporkan hilang. Barun Paudel dari pejabat ramalan cuaca di ibu kota, Kathmandu, berkata,hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar negara dalam empat hari mendatang.
Tanah runtuh dan banjir kilat biasa berlaku di Nepal serta negeri Assam dan Bihar di India semasa musim hujan tahunan dari Jun hingga september.-AFP