Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,868 pelajar dari tiga sekolah menengah terima bantuan baju dan kasut sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

1,868 pelajar dari tiga sekolah menengah terima bantuan baju dan kasut sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
PARA penerima bantuan bergambar bersama Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Seramai 1,868 pelajar dari tiga sekolah menengah telah menerima bantuan baju dan kasut sekolah bagi 2026 menerusi program kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan sejak 2018 bagi meringankan beban ibu bapa membuat persediaan persekolahan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata bantuan tersebut melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, SMK Bandar Sarikei dan SMK Tinggi Sarikei.

“Saya berharap sumbangan ini memberi impak besar kepada para pelajar supaya mereka dapat hadir ke sekolah dengan lebih yakin, selesa dan bersemangat untuk menuntut ilmu.

“Sebagai makluman, jumlah keseluruhan penerima pelajar di Sarikei adalah seramai 5,808 manakala di Meradong pula seramai 2,952 pelajar.

“Jumlah keseluruhan bagi kedua-dua kawasan ini adalah seramai 8,760 pelajar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pelaksanaan program tersebut mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian khusus, khususnya dalam membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi kos persekolahan yang semakin meningkat.

PARA penerima bantuan bergambar bersama Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

Dalam pada itu, Tiong Sii turut memuji langkah progresif kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri sebagai satu pelaburan besar demi masa depan generasi muda.

“Inilah bukti jelas kesungguhan kerajaan Sarawak dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda paling utama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan berwawasan dan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Saya percaya setiap anak berhak mendapat peluang pendidikan yang sama.

“Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin dan belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih cerah,” katanya lagi.

Dalam program tersebut baru-baru ini, beliau turut menyampaikan sumbangan RM20,000 masing-masing kepada SMK St Anthony dan SMK Tinggi Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan sekolah.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Natalie Abdullah dinobat Ratu Ibu Anggun Pesta Kaul Mukah 2026
Next: JAKKSA santuni keluarga Christ, rayu bantuan kos rawatan ke Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.