Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 186 warga SK Batu Wong sertai program kesedaran keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

186 warga SK Batu Wong sertai program kesedaran keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA pengisian aktiviti sepanjang program pihak bomba bersama warga SK Batu Wong. Foto BBP Bintangor

JULAU: Seramai 186 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Wong menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran yang dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta pengetahuan berkaitan keselamatan kebakaran dalam kalangan warga sekolah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut merupakan antara usaha berterusan pihak bomba dalam memberi pendedahan awal mengenai langkah keselamatan dan tindakan ketika kecemasan.

“Program ini penting bagi memastikan warga sekolah memahami prosedur keselamatan kebakaran serta mampu bertindak dengan lebih teratur sekiranya berlaku kecemasan.

“Seramai enam anggota bomba bertugas mengendalikan program tersebut bermula 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, antara pengisian utama program termasuk latihan pengungsian bangunan, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

“Peserta turut didedahkan dengan demonstrasi pemadaman kebakaran dapur bagi memberi kefahaman mengenai langkah pengendalian awal sekiranya berlaku kebakaran di rumah.

“Ia turut diselitkan dengan aktiviti i-Suri sebagai usaha memperluaskan pengetahuan keselamatan kepada warga sekolah secara menyeluruh.

“Kesedaran awal mengenai keselamatan kebakaran amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan tindakan pantas dapat diambil ketika kecemasan berlaku,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Program Kesedaran Kesihatan Hidupan Liar 2026 perkukuh kerjasama komuniti, pemuliharaan alam semula jadi
Next: 25 jalan dan jambatan luar bandar Meradong dilulus naik taraf di bawah MARRIS 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.