Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 186 terima vaksin Covid-19 di Marudi
  • TEMPATAN

186 terima vaksin Covid-19 di Marudi

Utusan Sarawak 4 years ago
PESAKIT buah pinggang antara penerima vaksin Covid-19 untuk fasa pertama semalam.

MARUDI : Seramai 186 orang menerima suntikan vaksin fasa pertama dalam program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin ( PPV) di Hospital Marudi bermula semalam hingga 29 April 2021.

Pengarah hospital Marudi Doktor Natasya Sherimin berkata, program ini akan dilaksanakan selama lima hari.

Katanya, mereka yang menerima vaksin tersebut terdiri daripada pesakit buah pinggang, warga emas, pesakit jantung dan beberapa pesakit lain yang perlu dipantau untuk mendapat rawatan di hospital tersebut.

Penerima vaksin yang paling tua ialah Norshiah Mamun dari Kampung Baru Marudi.

Katanya beliau berpuas hati dengan layanan yang cukup baik para petugas di Hospital Marudi.

“Semasa saya menerima suntikan vaksin tersebut, saya tidak merasa apa-apa kesakitan dan saya bersyukur telah menerima suntikan dos pertama ini dalam fasa kedua,” jelas makcik Norshiah kepada Utusan Sarawak.

Turut menerima  vaksin Covid-19 ialah warga guru dan penjawat awam yang lain di Dewan Suarah Baram.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Nelayan Gerigat digalak hasilkan produk sumber laut
Next: Pegawai, anggota bomba terima suntikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.