Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 184 syarikat usahawan Bumiputera Sabah, Sarawak terima geran BEEP PLUS
  • NASIONAL

184 syarikat usahawan Bumiputera Sabah, Sarawak terima geran BEEP PLUS

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Ewon Benedick.

PENAMPANG: Sebanyak 184 syarikat usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah menerima bantuan di bawah inisiatif Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BEEP PLUS) sejak diperkenalkan pada 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata geran padanan itu disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera di kedua-dua negeri menerusi SME Corp Malaysia, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM15.68 juta.

“Inisiatif BEEP PLUS merupakan pendekatan tambahan yang diperkenalkan oleh KUSKOP bagi membantu kumpulan sasar di Sabah dan Sarawak, sejajar dengan pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara – Perspektif KUSKOP, yang bertujuan memacu pembangunan keusahawanan berdasarkan isu serta cabaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat enam usahawan BEEP PLUS di sekitar Penampang dan Putatan, yang menerima bantuan geran berjumlah antara RM20,000 hingga RM245,000.

Ahli Parlimen Penampang itu turut memaklumkan bahawa rata-rata usahawan menyatakan bantuan tersebut banyak membantu meningkatkan produktiviti, hasil jualan dan ketahanan perniagaan, khususnya dalam mendepani cabaran kos operasi yang semakin meningkat.

“Saya akan mengadakan sesi libat urus bersama para penerima bantuan geran SME Corp di Sabah pada September ini, dan menjadikan platform tersebut sebagai dialog belanjawan serta input kepada Kajian Separuh Penggal Dasar Keusahawanan Nasional 2030,” katanya.

Ewon berkata, selaras dengan agenda pembangunan khas masyarakat Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026–2030, beliau komited untuk meneruskan pelaksanaan BEEP PLUS serta inisiatif-inisiatif lain yang bersesuaian.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 262 aduan berkaitan haji dan umrah, libat kerugian dianggarkan RM4.2 juta
Next: JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID di institut memandu bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.