Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 184 kenderaan diperiksa, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi JPJ Miri
  • JENAYAH

184 kenderaan diperiksa, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi JPJ Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEBAHAGIAN daripada 184 kenderaan persendirian dan perdagangan yang diperiksa oleh JPJ Cawangan Miri dalam Ops Harian dan Ops Kembali Ke Sekolah (BTS) di sekitar bandar Miri semalam.

MIRI: Sebanyak 184 kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri dalam Ops Harian dan Ops Kembali Ke Sekolah (BTS) di sekitar bandar ini semalam.

Menurut kenyataan JPJ Miri, rondaan dan pemantauan bagi memastikan pematuhan peraturan lalu lintas, khususnya menjelang sesi persekolahan.

Sepanjang operasi tersebut, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan, antaranya kegagalan memakai tali pinggang keledar, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, membawa muatan berlebihan serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah dan mengutamakan keselamatan, terutamanya di kawasan tumpuan awam serta laluan sekolah.

JPJ Sarawak akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan demi mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat dan terjamin untuk semua, tegasnya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Polis Meradong perhebat usaha banteras penyalahgunaan dadah
Next: Terpedaya panggilan palsu, suri rumah kerugian RM101,900

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.