
BATU NIAH: Seramai 1,800 orang telah disahkan menyertai Niti Daun Dayak Daerah Subis 2025 sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang akan diadakan di Pekan Batu Niah pada 18 Mei ini.
Pengesahan itu telah diumumkan dalam satu mesyuarat bersama Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Subis baru-baru ini.
Tetamu kehormat sambutan ini ialah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom yang akan turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus.
Program tersebut akan disertai oleh pelbagai persatuan dan pertubuhan Dayak bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bekenu, Lambir, Kemena dan Samalaju.
Perarakan akan bermula pada 9.00 pagi dari Dewan Masyarakat Batu Niah menuju ke sekeliling pasar Batu Niah kembali ke dewan.
Sehubungan itu, peserta dan orang ramai yang hadir adalah dinasihati agar meletakkan kenderaan di kawasan yang selamat dan patuh kepada arahan pihak pengawal supaya tidak mengganggu perarakan Niti Daun Dayak Daerah Subis.
Salah sebuah pertubuhan Dayak yang menyertai Program Niti Daun di Miri pada tahun 2024 lalu.
Oleh Adum Liu