Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 180 sukarelawan tanam 2,500 pokok di Hutan Simpan Sabal
  • TEMPATAN

180 sukarelawan tanam 2,500 pokok di Hutan Simpan Sabal

Utusan Sarawak 17 hours ago
HARI POKOK…..180 sukarelawan tampil menghulur tenaga bagi menanam 2,500 anak pokok spesies asli di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pagi ini.

SIMUNJAN: Lebih 180 sukarelawan tampil menghulur tenaga bagi menanam 2,500 anak pokok spesies asli di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pagi ini dalam usaha mempergiatkan aktiviti penghijauan di negeri ini.

Program tersebut merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak sekali gus menandakan penganjuran ‘Arbor Day’ atau Hari Pokok kali kedua selepas kejayaan aktiviti serupa yang diadakan pada 26 April lalu di lokasi sama.

Para sukarelawan terdiri daripada pengurusan kanan dan kakitangan Cahya Mata, pelajar serta pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Kolej UNITAR Kuching, selain disertai komuniti tempatan Sabal dan anggota Jabatan Hutan Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Haazizkin Jumat.

Menurut penganjur, Hari Pokok merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Cahya Mata dalam menyokong komuniti setempat serta golongan kurang bernasib baik menerusi pelbagai program dan aktiviti CSR.

Usaha penanaman anak pokok ini juga adalah selari dengan kempen penghijauan Sarawak yang diketuai oleh Jabatan Hutan Sarawak dalam menyokong aspirasi negeri ke arah kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti hutan tropika.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak serah kunci rumah baharu kepada 59 nelayan Beladin
Next: MAF dan kerajaan Sarawak berganding bahu dalam usaha tangani HIV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.