Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 18 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

18 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, termasuk Lebuh Raya Pan Borneo petang kelmarin. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, termasuk Lebuh Raya Pan Borneo petang kelmarin, bagi memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, operasi berkenaan dijalankan sebagai langkah proaktif pihak polis dalam membanteras jenayah serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan undang-undang, khususnya melibatkan keselamatan lalu lintas.

Seramai 17 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi tersebut yang memfokuskan pemeriksaan kenderaan dan individu di lokasi strategik sekitar kawasan terlibat.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 95 kenderaan telah diperiksa merangkumi pelbagai jenis kenderaan persendirian dan awam bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya.

Selain itu, seramai 120 individu turut diperiksa bagi tujuan pengesahan identiti serta memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan.

Hasil daripada pemeriksaan berkenaan, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 18 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik orang ramai agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Pihak polis turut memaklumkan bahawa operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan serta ketenteraman awam di daerah Lubok Antu sentiasa berada pada tahap terbaik.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah curi mesin pencuci tekanan, wanita dicekup polis
Next: Padah curi 23 tandan sawit, lelaki dicekup polis di Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.