18 peserta tamat pembelajaran Kelas Pendidikan Literasi Fungsian 2026

Facebook
WhatsApp
PESERTA Kelas PLF bergambar kenangan bersama bersama warga dan Pegawai Kemas dan para jemputan pada Program Graduasi Pendidikan Literasai Fungsian Hakiki Era Perdana pekan Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI, 29 Oktober: Kelas Dewasa di bawah Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) adalah untuk membantu golongan yang tercicir daripada pendidikan formal akibat kekangan ekonomi, kesukaran akses fizikal ke sekolah mahupun tanggungjawab keluarga pada usia muda.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Marudi, Zarith Sofia Hassan berkata berkat bimbingan pendidik, program ini telah membuka ruang pembelajaran baharu bagi memperkasa kehidupan seharian peserta.

Namun katanya berkat bimbingan penidik, program ini telah membuka ruang pembelajaran baharu bagi memperkasa kehidupan harian perserta.

TANDA PENGHARGAAN…Pegawai Kemas Marudi, Therry Noel George Anyi menyampaikan cenderamata kepada Penololong Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Zarith Sofia Hassan. Foto Jiku Juguong

Menurut beliau melalui program ini para peserta telah dilengkapi dengan empat teras pembelajaran asas.

Katanya dari sudut literasi mereka didedahkan dengan pengenalan abjad ABC, latihan mengeja perkataan, dan membaca ayat mudah untuk membolehkan mereka memahami maklumat bertulis di sekeliling mereka.

“Dari sudut numerasi pula, peserta mula mengenali nombor 1-2-3 dan mengusai operasi asas tambah tolak untuk pengiraan penting dalam kehidupan seharian,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutupan Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasai Fungsian (PLF) Hakiki Era Perdana Marudi.

Bukan itu saja, kelas ini menurut beliau turut menekankan pengurusan wang di mana peserta diajar mengenali nilai mata wang Ringgit Malaysia dan mengira baki jualan atau belian supaya mereka lebih yakin semasa berurusan di kedai atau pasar.

Tambahnya bagi membina keyakinan diri, elemen pengayaan dan sosialisasi turut diterapkan menerusi lawatan sambil belajar dan sambutan bermakna seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Merdeka serta perayaan utama.

Dalam pada itu beliau merakam penghargaan kepada pihak Kemas khususnya Unit Pembangunan Komuniti Kemas, Baram atas inisiatif dan komitmen dalam menyediakan peluang pembelajaran kepada masayarakat

Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diterus dan perkasakan pada masa hadapan demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran, berkayakinan dan mampu berdikari.

Seramai 18 peserta berjaya menamatkan pembelajran Kelas PLF anjuran Unit Pembangunan Komuniti Kemas diadakan di Dewan Suarah Marudi hari ini.

Oleh Jiku Juguong