Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 18 perahu kecil diserahkan, tingkat kesiapsiagaan banjir di Bekenu
  • WILAYAH

18 perahu kecil diserahkan, tingkat kesiapsiagaan banjir di Bekenu

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENYERAHAN bantuan disempurnakan oleh Datuk Rosey Yunus kepada penduduk kampung di pekan Bekenu hari ini. Foto Adum Liu

NIAH: Rumah panjang dan kampung yang terjejas banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menerima bantuan berupa 18 perahu kecil sebagai langkah awal kesiapsiagaan serta usaha menyelamat dengan lebih pantas.

Penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, pada program yang diadakan di pekan Bekenu dan Saeh hari ini.

Menurut Rosey, pemilihan perahu kecil dibuat kerana ia ringan, mudah dibawa dan boleh diangkat oleh dua orang sahaja, sekali gus sesuai untuk penduduk yang tinggal jauh di kawasan berbukit serta di hulu sungai.

TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama penduduk rumah panjang terjejas banjir kilat di Zon Saeh yang menerima bantuan berupakan perahu kecil sebagai langkah pertama untuk menyelamat segera hari ini. Foto Adum Liu

“Di Saeh, untuk sampai ke rumah panjang di hulu, penduduk perlu melalui kawasan berbukit. Perahu kecil ini boleh diangkat dengan mudah. Ia sangat berguna dalam keadaan kecemasan jika laluan darat tidak boleh digunakan, perahu ini boleh ditarik atau dikayuh untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya ketika ditemui media.

Beliau menambah bahawa perahu tersebut amat sesuai digunakan oleh penduduk di Rumah Edward dan Rumah Jelani yang terletak jauh di pedalaman.

“Hari ini kita menyerahkan sebanyak 18 perahu kecil kepada rumah panjang dan kampung terlibat sebagai bantuan awal,” katanya.

Turut hadir ialah Penghulu Epat Bakar, Penghulu Mazda Dris serta para tuai rumah dan ketua kampung di kawasan berkenaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran Long Loyang terima bantuan tunai dan barang asas
Next: APM Marudi giat pantau lokasi dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.