Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri
  • JENAYAH

18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
DIPERIKSA…Sebahagian motosikal diperiksa menerusi Operasi Samseng Jalanan di Miri. Foto IPD Miri.

MIRI: Sebanyak 18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, bermula malam tadi hingga awal pagi tadi. Operasi yang dijalankan bermula 11.00 malam hingga 4.00 pagi itu melibatkan tujuh anggota termasuk dua pegawai kanan polis dan menumpukan beberapa kawasan panas seperti Jalan Bandaraya Miri, Jalan Piasau, Jalan Pulau Melayu, Jalan Miri Bypass serta Jalan Marina.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata operasi berkenaan bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan sekali gus memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan trafik.

“Sebanyak 33 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 18 buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati diubah suai daripada struktur asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepanjang operasi itu, seramai 45 individu terdiri daripada 42 lelaki dan tiga perempuan tempatan turut diperiksa.

“Lima lelaki berusia antara 18 hingga 27 tahun turut dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri bagi menjalani ujian saringan air kencing, namun semuanya didapati bebas daripada pengaruh dadah,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut mengeluarkan 82 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Mohd Farhan menegaskan, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan samseng jalanan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Pemandu dan penunggang motosikal dinasihatkan supaya tidak mengubah suai kenderaan, tidak berlumba haram, serta tidak berkumpul di tepi jalan hingga menyebabkan kesesakan dan gangguan bunyi bising,” katanya.

Beliau turut menggesa orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 33 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.