Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 18 maut, 24 cedera dalam kemalangan jalan raya di Peru
  • GLOBAL

18 maut, 24 cedera dalam kemalangan jalan raya di Peru

Utusan Sarawak 1 day ago

LIMA:  Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Junin, Peru, lapor Xinhua yang memetik media tempatan La Republica pada Jumaat.

Kejadian berlaku apabila sebuah bas dua tingkat milik syarikat ‘Expreso Molina Líder Internacional’ terjunam ke dalam gaung di lebuh raya tengah berhampiran daerah Talca, wilayah Tarma.

Anggota Jabatan Bomba Tarma, pihak polis serta pasukan kesihatan segera ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, sebahagian daripada mereka dilaporkan terperangkap di antara besi kenderaan yang remuk, menurut siaran televisyen kerajaan TV Peru.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke Hospital Felix Mayorca di Tarma, manakala pihak polis menutup kawasan kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, namun dipercayai kenderaan itu dipandu laju. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tiga siklon landa Filipina, angka korban meningkat kepada 30 orang
Next: Trump dakwa AS$100 juta untuk mangsa kebakaran Los Angeles ‘hilang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.