Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 18 kenderaan disita, termasuk empat kenderaan mewah di Kuching
  • JENAYAH

18 kenderaan disita, termasuk empat kenderaan mewah di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
DIPERIKSA… Sebanyak 1,229 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 322 notis ketidakakuran dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, di Kuching, semalam. Foto JPJ Sarawak

KUCHING: Sebanyak 18 kenderaan disita, termasuk empat kenderaan mewah dalam Ops Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Motosikal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, di sini, semalam.

Daripada jumlah itu, empat kenderaan mewah yang disita melibatkan kenderaan BMW, dua Mercedes-Benz dan Nissan GTR, dengan tindakan sitaan dibuat atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

DIPERIKSA… Sebanyak 1,229 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 322 notis ketidakakuran dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, di Kuching, semalam. Foto JPJ Sarawak

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 1,229 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 322 notis ketidakakuran dikeluarkan.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu yang sah, lesen memandu tamat tempoh, penggunaan lampu HID/LED yang tidak dibenarkan, serta pelbagai kesalahan teknikal lain.

DIPERIKSA… Sebanyak 1,229 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 322 notis ketidakakuran dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, di Kuching, semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dan berfokus sebagai langkah mendidik serta meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Usaha ini selaras dengan komitmen JPJ Sarawak dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian pengguna jalan raya sentiasa terjamin demi kepentingan semua lapisan masyarakat.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak terus tingkat usaha banteras dadah
Next: 26 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.