Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 18 April tarikh akhir pemegang visa umrah tinggalkan Arab Saudi
  • SEMASA

18 April tarikh akhir pemegang visa umrah tinggalkan Arab Saudi

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

RIYADH: Tarikh akhir bagi mereka yang tiba dengan visa umrah untuk meninggalkan Arab Saudi ialah pada Sabtu, 18 April, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Menurut Kementerian Dalam Negeri langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi musim haji 1447 Hijrah.

Menurut kementerian itu, mulai Isnin (13 April), penduduk yang ingin memasuki Makkah perlu mendapatkan permit rasmi daripada pihak berkuasa dan mereka yang tidak mempunyai permit tersebut akan dinafikan kemasukan.

Dikecualikan ialah pemegang permit pemastautin yang dikeluarkan di Makkah, mereka yang mempunyai permit haji dan mereka yang mempunyai permit kerja untuk tapak suci yang dikeluarkan secara elektronik menerusi platform Absher Individuals dan portal Muqeem, yang secara teknikal disepadukan dengan platform Tasreeh.

Menurut kementerian itu, pengeluaran permit umrah menerusi platform Nusuk akan digantung untuk warga Arab Saudi, warga negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), penduduk dalam negeri dan pemegang visa lain, dari 18 April hingga 31 Mei.

Pemegang semua jenis visa tidak akan dibenarkan masuk atau tinggal di kota Makkah, kecuali mereka yang memegang visa Haji, mulai 18 April.

Kementerian berkenaan menegaskan pelanggaran arahan ini akan menyebabkan pesalah dikenakan hukuman mengikut undang-undang.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Akses ke lapangan terbang dipercepat, projek jalan tunjuk kemajuan positif
Next: Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.